TUJUH AMALAN HEBAT

TUJUH AMALAN HEBAT

Pertama :
Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah SWT

Kedua :
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat.

Ketiga :
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat :
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima :
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda.

Keenam :
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu sholat walau ia sedang tidak sholat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Yaa Allah”.

Ketujuh :
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah SWT.

Alhamdulillah ♥️

Thank you for visiting the azizahmn.com blog page.

Previous Post Next Post