Awal Muharram bakal tiba lagi menemui kita semua. Muharram adalah bulan pertama dalam Kalendar Islam. Tarikh Maal Hijrah pada tahun 2023 bersamaan 1 Muharram 1445H adalah pada hari Rabu, 19 Julai 2023 yang merupakan cuti umum.
Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati Allah. Sukacita diingatkan bahawa tahun baharu Hijrah, *1 Muharram 1445H* akan tiba dengan *masuknya waktu maghrib pada hari Selasa 18 Julai 2023*, insya Allah.
Bersempena dengan tibanya tahun baharu ini, jema'ah diingatkan akan amalan-amalan berikut:
(1) *berpuasa sunat* pada hari terakhir bulan Zulhijjah ( *18 Julai* )
(2) membaca *doa akhir tahun* pada hujung waktu Asar ( *18 Julai* )
(3) membaca *doa awal tahun* setelah solat Maghrib ( *18 Julai* )
(4) *berpuasa sunat* pada hari pertama bulan Muharram ( *19 Julai* )
(5) *berpuasa sunat Hari Tasu'a* pada 9 Muharram ( *27 Julai* )
(6) *berpuasa sunat Hari 'Asyura* pada 10 Muharram ( *28 Julai* )
kalau kita tidak mampu melakukan semua, janganlah kita tinggalkan semua_.
Semoga Allah menerima segala ibadah kita. 🤲🏻