Usia dan masa bukanlah penghalang untuk terus menimba ilmu bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam bilik darjah agar seiring dengan misi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) ke arah penggunaan teknologi digital dalam ekosistem sekolah.
Bemula dari zero, berbekalkan semangat yang jitu dan bimbingan berterusan daripada Youtuber Manager Cikgu Suffi, Chief Youtuber Trainer Cikgu Zuly, Ketua Panitia PSV (Menengah) Cikgu Leen dan para jurulatih bertauliah akhirnya saya berjaya sehingga ke tahap ini. Sehingga kini saya telah mengendalikan sebanyak 21 kelas/program secara live dan channel youtube saya telah mencapai 96,139 tontonan.
Walau pun masih mentah dalam dunia youtuber, namun dapat juga saya manfaatkan sekolah dan daerah serta berkongsi ilmu dengan anak-anak didik dan rakan guru di seluruh negara. Paling manis apabila berjaya membantu sekolah mengendalikan ceramah agama, program kolaborasi yang melibatkan penceramah jemputan luar secara live streaming.
Terima kasih Akademi Youtuber!
"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa"
#kitabantukita
#AdikBeradikAYU
Layari Akademi Youtuber Malaysia untuk maklumat lanjut:
Channel Youtube Azizah MN :
Alhamdulillah ..... Segala pengorbanan masa, idea yang tercurah dan keringat yang terzahir terbalas dengan sebuah penghargaan .........membakar semangat untuk terus mencurah ilmu, Berkarya selagi mampu........... Moga bermanfaat biarpun sedikit.
TERIMA KASIH AKADEMI YOUTUBER